Saturday, 2 August 2014


HAL YANG TIDAK DIJANGKAKAN DALAM PENGINJILAN


Tidak kira sebaik mana kamu merancang, berapa banyak kelas latihan kamu dan kumpulan hadiri, sesuatu yang tidak dijangka mungkin akan berlaku! Sebagai ahli yang mengikuti penginjilan, kamu perlu sentiasa berjaga-jaga akan hal yang seperti itu terjadi. Sebarang kemungkinan berkenaan aktiviti yang akan kamu lakukan, tidak akan berjalan lancar menurut kehendak kamu tidak kira bagaimana kamu merancangnya. Kita harus dapat cepat menyesuaikan diri dengan segala kemungkinan yang berlaku. Seseorang mengalami kesakitan, bas rosak ditengah jalan atau penerbangan dibatalkan. 


Apabila kamu memulakan sesuatu perjalanan dengan sikap ini, kamu akan lebih bersedia untuk menjadi fleksibel serta menghadapi hakikat bahawa kamu tidak dapat sentiasa berada dalam kawalan kekuatan kamu sendiri. Kita hendaklah sentiasa mendorong satu sama lain untuk mengamalkan sikap menerima sebarang perubahan samada besar atau kecil dalam rancangan kita yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dalam sesuatu perjalanan. Jika tidak ada apa-apa berlaku, kamu akan terlepas beberapa peluang untuk melihat bagaimana Tuhan melakukan kerja-kerjaNya.  Beban yang kamu alami dapat memberi kamu peluang untuk mengenal diri kamu sendiri. Melalui kesukaran yang kamu dan kumpulan kamu alami, kamu mungkin akan terkejut dengan kekuatan dan bakat yang tersembunyi yang muncul saat menghadapi rintangan tersebut. 


Kamu perlu menjangka tekanan yang timbul di saat tuntutan untuk memenuhi jadual, tekanan untuk melakukan tugasan di bawah keadaan yang sulit, tekanan untuk memberi diri kamu sendiri apabila kamu berasa tiada apa yang kamu dapat sumbangkan. Kamu juga boleh menjangkakan akan berlaku konflik rohani. Bersiap sedialah untuk melawan kuasa iblis. Mintalah kepada Tuhan untuk tetap besandar kepada Roh Kudus dan mengharapkan pertolongan Tuhan. 


PERKARA YANG TIDAK DIJANGKA

a.       Bukan suatu percutian

b.      Masa seronok

c.       Kemudahan

d.      Keselesaan

e.       “Keperluan”

f.       Mengikut cara kamu

g.      Tandas/tempat mandi yang bersih atau ada tandas/tempat mandi

h.      Tidur yang cukup

i.        Sesiapa untuk melihat betapa "rohani" kamu

j.        Mandi setiap hari

k.      Makanan kegemaran

l.        Dilayani

m.    Difahami oleh tuan rumah atau ahli penginjil

n.      Diberikan ganjaran untuk kerja yang kamu lakukan lebih daripada tanggungjawab kamu sendiri.


Tuhan akan membentuk kita lebih daripada kekuatan kita yang sebelumnya. Keutamaan kita perlulah selari dengan keutamaan Tuhan.

~Robin Maramat, M.C.S~

0 comments:

Post a Comment

Persediaan-persediaan