Friday, 8 August 2014


Persiapan doa semasa persiapan ke lapangan misi

            Untuk panduan tentang di mana, bila, bagaimana dan dengan siapa saya akan terlibat dengan misi penginjilan. Doa adalah seperti sebuah enjin yang menggerakkan. Tanpa doa maka sangat sukar untuk menjalankan misi penginjilan.
Doa sering disokong dengan berpuasa sebelum ke lapangan misi. Kita bergantung kepada kekuatan Tuhan yang akan memimpin kita semasa ke lapangan dan bukan mengandalkan kekuatan, kewangan, bakat dan kecekapan kita sendiri. Tuhan yang menjadi tulang belakang setiap misi penginjilan.

            Setiap ahli pasukan harus menyediakan diri secara mental, fizikal dan rohani. Kejayaan semuanya bergantung kepada Tuhan. Maka harus mulai bercakap dengan Tuhan. 

·         Doakan persiapan dari segi setiap keluarga masing-masing yang di tinggalkan.
·         Kesihatan dan kekuatan semua ahli pasukan.
·         Kecukupan perbelanjaan dan kelengkapan yang diperlukan.
·         Persediaan dari segi muzik, pengkhotbah dan pendoa tumpang tangan.
·         Pertumbuhan rohani setiap ahli pasukan bukan sahaja untuk orang-orang yang dikunjungi malah lebih daripada itu setiap ahli pasukan harus bertumbuh.
·         Perlindungan Ilahi untuk semua yang terlibat.
·         Perpaduan dan kesatuan hati dalam kalangan ahli dalam pasukan.

DOA ADALAH SEUMPAMA ENJIN YANG MENGGERAKKAN MISI PENGINJILAN

~Robin Maramat, M.C.S~

0 comments:

Post a Comment

Persediaan-persediaan