MANFAAT JANGKA PENDEK PENGINJILAN KEPADA;
Diri Anda
a. Pengalaman yang dapat mematangkan diri kamu. – Kamu juga dapat merasai
kepelbagaian budaya, masyarakat dan gaya hidup orang lain, justeru kamu akan
lebih menghargai hidup kamu sendiri. Secara ringkas, dengan melakukan sesuatu
yang dapat membuat kamu keluar dari “zon selesa” diri sendiri, adalah sesuatu
yang dapat memberi impak di dalam hidup kamu selamanya.
b. Pendedahan yang mampu mengubah diri kamu. – Semasa menginjil, kamu akan
terdedah secara langsung kepada segala keperluan dan jerih payah yang dialami
di negara atau budaya yang berlainan.
Amat jarang sekali, seseorang yang secara peribadi terdedah kepada
kesusahan manusia dan tidak berubah.
c. Pendidikan yang akan menyedarkan kamu. – Membaca dan mendengar tentang
isu-isu yang terjadi di dunia boleh dan sering kali mengecewakan kerana kamu
merasa lemah dan tidak dapat membuat sebarang perubahan. Kamu sebagai peserta
penginjilan mempunyai peluang untuk mempelajari isu-isu tersebut secara
langsung dari orang-orang yang kamu temui dan mengetahui bahawa mereka dapat
menjadi “batu loncatan” untuk membuat perubahan apabila mereka pulang ke
kampung halaman.
d. Pertemuan yang memberi impak ke atas diri kamu. - Meninggalkan
lingkungan yang akrab dan menempatkan diri dalam situasi di mana kamu harus
tetap percaya dan berharap kepada Tuhan, dapat memberikan pengalaman yang luar
biasa. Peserta yang mengikut penginjilan akan memulakan dan membina hubungan
baru dengan anggota dari tuan rumah masyarakat, anggota tim, dan pendukung
misionaris. Semua pertemuan adalah ditentukan oleh Tuhan dan cara untuk kita
lebih mengenal Dia. Selain itu, seseorang tidak dapat melakukan perjalanan
tanpa menghadapi diri sendiri. Anda tidak dapat pergi dengan maksud ini, namun
seluruh proses mungkin sangat mengungkapkan.
Keluarga
dan Sahabat
Keluarga kristian dan kawan-kawan kamu akan mendapat peluang untuk
menjadi sebahagian daripada pelayanan kamu melalui doa dan sokongan dari segi
kewangan. Melalui pelayanan kamu, hal ini dapat membuka jalan untuk bekongsi
Injil dengan keluarga dan sahabat kamu
yang bukan kristian.
Gereja
Tidak dapat disangkal lagi, majoriti mereka yang telah mengikuti
penginjilan akan lebih matang dalam pelayanan mereka. Kamu akan lebih bersedia
untuk menjadi pemimpin dalam kepimpinan tubuh Kristus. Selain itu, kamu akan
selalu merasa teruja dengan apa yang akan Tuhan lakukan melalui penginjilan
kepada dunia.
Penginjilan
Lebih 85% daripada mereka kini dipilih untuk mengikut penginjilan
merasakan seruan Allah semasa pengalaman mereka dalam perjalanan jangka pendek.
Selain itu, penginjilan jangka pendek boleh memberkati kerjaya penginjil dengan
membantu dan memberkati.
Untuk
yang hilang
Tuhan menggunakan misi jangka pendek. Dia menggunakan sesebuah pasukan
untuk meletakkan dasar kepada yang lain. Misi jangka pendek merupakan sebahagian
strategi dalam dunia penginjilan.
~Robin
Maramat, M.C.S~
0 comments:
Post a Comment