a)
Kita tidak
seharusnya memberitahu mereka tentang apa yang perlu dilakukan. Kita berada
disana untuk belajar dan untuk berkhidmat; bukan untuk menjadi seorang bos
mahupun untuk mengarahkan. Kita bekerja di bawah penguasaan paderi atau pastor.
Walaupun ada perkara-perkara yang tidak berjalan seperti yang kamu ingini atau
kehendaki, jangan berbuat apa-apa tanpa berunding dengan pemimpin kumpulan dan
yang seterusnya akan membincangkan perkara itu dengan paderi atau pastor.
b) Menjadi
saksi Kristus dengan perasaan yang berani dan tanpa berasa segan silu atau
malu. Tuhan masih boleh bekerja meskipun ada batasan bahasa. Kongsikanlah
testimoni kamu tentang bagaimana Tuhan mengubah kehidupan kamu sebanyak mungkin
tetapi tidak menambah apa yang tidak benar. Lakukan yang terbaik dan Tuhan akan melakukan selebihnya.
c)
Mengajar dan berkongsi sebanyak mungkin seperti
yang diceritakan kepada kamu sendiri. Lakukan dengan merendah diri dan rasa hormat. Kongsikan apa yang Tuhan telah
lakukan di hidup kamu yang membuat kamu kagum dan bagaimana cara kamu telah
menggunakan firmanNya di dalam kehidupan kamu sehari-hari. Jangan sekali-kali
memberitahu mereka “kamu mesti melakukan ini dan itu”.
d)
Hidup Kristani yang penuh kemenangan sebagai
seorang individu dan sebagai satu pasukan. Oleh itu, hal seperti pertengkaran
harus dielakkan. Kita harus menyelesaikan semua pertengkaran dan perbezaan
dalam pasukan dengan kasih sayang dan dengan masa yang telah ditentukan oleh
Tuhan.
e)
Kita merupakan sebuah pelayanan rohani. Jangan
menyerahkan wang tunai atau janji sokongan kepada sesiapa sahaja sama ada diri
sendiri atau gereja kamu. Ketua pasukan akan berusaha untuk memberikan sejumlah
wang yang munasabah sebagai “pemberikan kasih” kepada gereja jika ada. Semua
“pemberikan kasih” yang diberikan adalah daripada kumpulan penginjil, bukan
individu dan semua “pemberikan kasih”diterima daripada kumpulan bukan dari
individu tertentu.
~Robin Maramat, M.C.S~
0 comments:
Post a Comment